Struktur Gergasi Bawah Giza: Sambungan Kisah Haman dan Firaun?
Baru-baru ini pada 16 Mac 2025, pasukan penyelidik dari Universiti Pisa dan Universiti Strathclyde mendedahkan satu penemuan mengejutkan di bawah Piramid Giza. Dengan menggunakan teknologi radar tercanggih, mereka mengesan kompleks bawah tanah sepanjang lebih 2 kilometer tersembunyi di bawah ketiga-tiga piramid: Khufu, Khafre dan Menkaure.
Antara penemuan:
1.8 batang terowong menegak — lebih 600 meter dalam
2.Laluan spiral — mungkin laluan akses ke bahagian bawah
3. 2 ruang besar berbentuk kiub
4. 5 struktur bertingkat bersambung dengan lorong geometri yang sangat halus
Struktur-struktur ini masih menjadi tanda tanya besar kepada dunia arkeologi — adakah ia binaan rahsia? Atau... sesuatu yang cuba ditanam dan dilupakan?
Dalam Surah Ghafir, Al-Quran pernah merakam kata-kata Firaun kepada Haman:
"Wahai Haman, binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, supaya aku dapat sampai ke jalan-jalan langit, lalu melihat Tuhan Musa..."
(Ghafir: 36–37)
Dan kini, betul-betul di bawah tapak piramid, wujud tiang-tiang menegak dan binaan seolah-olah sebahagian dari sesuatu yang lebih besar...
Adakah 'menara' yang disebut Firaun itu sebenarnya telah dibina — tapi kini tertanam?
Adakah piramid yang kita nampak hari ini hanyalah puncak sebuah binaan agung yang menjulang tinggi suatu masa dahulu?
Adakah tanah yang kita pijak hari ini sebenarnya hanyalah lapisan tebal pasir.
Mungkinkah... struktur gergasi ini asalnya menara di atas tanah, tetapi akhirnya ditelan masa, pasir dan takdir, sehinggalah hanya ‘puncaknya’ saja yang kini digelar piramid?
Jika benar... maka benarlah firman Tuhan.
Benar dengan cara yang tidak terjangkau oleh akal manusia biasa.
Benar dengan cara yang membuat jiwa tunduk dan akal terdiam.
Benar yang hanya dapat difahami bila ilmu dan wahyu bertemu.
Maha Suci Allah, yang kalam-Nya sentiasa mendahului penemuan manusia.
#Firaun #Haman #KebenaranAlQuran #Tadabbur #PiramidGiza #PenemuanGiza #QuranDanSains #MindBlown