Hemodialisis di hospital kerajaan tidak lagi percuma.
Semua pesakit wajib bayar RM 13 untuk 1 sesi dialisis.
Bunyinya sikit saja.
Tapi bagi orang susah, sebulan sudah RM 169. Ianya satu jumlah yang besar.
Belum lagi dikira kos perjalanan dan makan.
Bagi yang tiada kenderaan, kos sewa kereta agak membebankan.
Makan? Nampak biasa, tapi 4 jam cuci darah biasanya pesakit akan keletihan. Makan sudah menjadi perkara wajib.
Campur tolak paling sikit pun seorang pesakit perlu ada RM 500-700 sebulan.
Caj ini sebenarnya dah lebih daripada setahun dikenakan.
Pernah seorang pesakit ceritakan kepada saya. Tapi saya anggap macam tak betul.
Hari ini, suami pesakit buah pinggang datang ke klinik untuk rawatan. Isterinya alhamdulillah sihat.
Si isteri masuk juga ke dalam klinik dengan berkerusi roda. Sebelah kaki sudah dipotong. Lama tak jumpa doktor katanya. Rindu.
Dari perbualan biasa tiba-tiba masuk kepada caj dialisis. Suami beliau siap keluarkan resit untuk tunjukkan kepada saya.
Dulu mereka senang. Bila diuji dengan sakit, pendapatan sudah terjejas.
JKM RM 250 sebulan, kos dialisis pula RM 169 sebulan. Tiada yang tinggal lepas tolak pengangkutan dan makan. Tak cukup!
Surat JKM pula tak laku. Pesakit yang betul-betul susah tetap kena bayar.
Kata mereka, hairan bagaimana pesakit-pesakit yang level tokey besar business masih dapat tempat di premis kerajaan. Sepatutnya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja dikenakan caj.
Bila nampak mata si suami mula berkaca, cepat-cepat saya potong cerita. Orang lelaki tak menangis mudah-mudah kecuali sudah overlimit.
Anak-anak tak tolong? Pasangan ini tiada rezeki anak.
Cadangan saya kepada KKM ;
1. Kaji balik caj sedia ada.
2. Jangan tambah lagi kos di masa akan datang.
3. Sekiranya caj yang sedia ada tidak dapat dimansuhkan, sekurang-kurangnya berikan pengecualian kepada pesakit susah. Lebih-lebih lagi penerima sumbangan bulanan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
Isu ini tak viral, sebab hanya pesakit buah pinggang sahaja yang merasa.
Tapi cukuplah kita selami kesusahan mereka yang tersepit.
Ingatlah, kita ke arah khidmat kesihatan berbayar. Lambat atau cepat sahaja.
Kredit to : Muhaimin Mustapha FB