Profile photo for Sukses News
Sukses News

Korea Selatan Istihar Darurat Tentera

Keadaan situasi politik di Korea Selatan kini sangat tegang selepas darurat tentera diumumkan.

Presiden Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang darurat tentera dalam satu pengumuman mengejutkan di televisyen pada 3 Disember 2024.

Beliau menuduh parti pembangkang menguasai parlimen dan bersimpati dengan Korea Utara, yang menurutnya telah melumpuhkan kerajaan dengan aktiviti anti-negara

Enam alasan mengapa Darurat Tentera diumumkan;

1. Larangan Aktiviti Politik: Semua aktiviti politik, termasuk yang berkaitan dengan Majelis Nasional, majelis regional, partai politik, pembentukan organisasi politik, unjuk rasa dan protes dilarang.

2. Pengawasan Media: Semua media dan penerbit diletakkan di bawah kendali tentera.

3. Pemogokan Doktor: Doktor yang sedang mengadakan mogok diperintahkan untuk segera kembali bekerja dalam waktu 48 jam

4. Penangkapan Tanpa Surat Perintah: Mereka yang melanggar darurat militer dapat ditangkap atau digerebek tanpa surat perintah

5. Pengawasan Urusan pentadbiran dan undang-undang:Komandan tentera mengawasi urusan pentadbiran dan undang-undang.

6. Tindakan Kolektif: Komandan tentera dapat mengambil tindakan khusus di berbagai bidang termasuk penangkapan, penyitaan, media, dan tindakan kolektif bila diperlukan.

Reaksi dan Tindakan Lanjutan

Pemimpin Partai Kekuatan Rakyat, Han Dong-hoon, menyebut keputusan untuk memberlakukan darurat militer itu "salah" dan bersumpah untuk "menghentikannya bersama rakyat"

Pemimpin pembangkang Lee Jae-myung, yang kalah tipis dari Yoon Suk Yeol dalam Pemilihan Presiden 2022, menyebut pengumuman darurat tentera tersebut "menyalahi dan inkonstitusional"

Keadaan ini telah mencetuskan protes besar-besaran di luar bangunan parlimen, dengan ramai rakyat yang menentang langkah tersebut.

Keadaan ini telah menarik perhatian antarabangsa, terutama Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang memantau perkembangan ini dengan teliti.

Dalam perkembangan terkini, pembangkang berjaya mengundi di parlimen untuk membatalkan pengistiharan berkenaan dengan 190-0 undi.

Sumber : Voice