Profile photo for Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

[OPS LUXURY 3.0]

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2025 - Sebanyak 258 buah kenderaan mewah dipandu warga tempatan dan warga asing disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi Ops Luxury 3.0.

Daripada jumlah itu, Kuala Lumpur direkodkan negeri tertinggi penahanan dan penyitaan kenderaan mewah dengan 93 buah kenderaan, Selangor (61) dan Pulau Pinang (28).

Pengarah Kanan Penguatkuasa, YBrs Tuan Tuan Muhammad Kifli Ma Hassan berkata JPJ turut mengeluarkan 627 notis saman melibatkan pelbagai kesalahan antaranya tiada Lessn Kenderaan Motor (LKM) dan tiada perlindungan insurans.

Kesemua kenderaan ditahan dan disita mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta peraturan-peraturan berkaitan.

Hadir sama, YBrs Tuan Hamidi Adam, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan YBrs Tuan Azrin Borhan Pengarah JPJ Selangor.

#MALAYSIAMADANI
#MOT #JPJMALAYSIA #JPJ #infoJPJ
#ReformasiSinergilntegriti


</div>